Total Pageviews

Saturday, November 12, 2016

Malang Memang Tiada Bau

Malang memang tak berbau kan? Lepas kaki Umar baik siapa sangka kaki maknye pulak ditimpa musibah. Al kisah suatu pagi masa teman Umar mandi kat bathtub, aku duk tolak air yang bertakung ke lubang lantai bilik air. Tak suka air takung2 kat lantai ni. Penutup lantai tandas tu aku bukak kasi air cepat keluar. Tiba2 zasss! Kaki aku tergelincir sikit lalu terkena penutup lantai bilik air yang diperbuat dari besi tadi. Kulit kaki dekat dengan ibu jari koyak. Darah keluar banyak dan luka agak dalam sampai aku nampak ada part putih dalam luka tu. Aku agak tu tulang or tendon. Seram siuttt! Lekas2 aku siram kaki dengan air, ambik kain dan lalukan dengan minyak kasi darah berhenti keluar. Time cemas dan emosi tak stabil ni la si Umar buat perangai tak nak keluar bilik air. Nak duk main air lagi. Adui la.. Kena la tarzan ngan aku huhu.


T_T
Masa ni aku rasa 1st aid box tu banyak membantu. Ada minyak gamat, ubat kuning, bandage, gunting dll. So aku amek bandage dan balut kaki. Ingat nak ambik MC tapi aku batalkan niat sebab dah janji ngan student nak buat Test pagi tu. Malas dah nak re-schedule. So aku datang kerja macam biasa tapi jalan agak hencut-hencut menahan pedih di kaki. Tak cukup luka di kaki, luka di hati pulak ditambah. Masa test ada pulak student bawak "toyol". Sakit pulak hati aku ni ha.. Dah la kaki sakit. Aku ambik paper budak tu pastu suruh dia balik terus. No mercy! 

Tengahari lepas habis test aku pergi lunch dengan kawan lepas tu duk lepak kat ofis dulu. Malas pulak rasa  nak pergi hospital. Tapi takkan nak biar je luka tu ternganga. Bak kata kawan aku kalau tendon koyak nanti jari tu terkulai je hukhuk. So aku gagahkan diri ke Hospital Pakar Annur. Hospital ni je la aku rasa senang nak pergi dan ianya hospital panel GMI. Tunggu punya tunggu pukul 4pm baru masuk emergency room untuk jahit luka. Sebelum jahit doc cuci dulu. Pedih siut. Patut la Umar meraung haritu. Lepas tu cucuk bius tepi luka. Tu pun sakit gak huhu. Lepas kena 4 jahit aku balik tanpa dibekalkan antibiotik. Dr cakap tak payah plak. Pasaipa tah. MC pun tak dapat :'(

Lepas 2 hari aku ke hospital semula. Nurse cek luka dan coat luka dengan spray kalis air. Lepas 2 minggu datang balik untuk buka jahitan. Payah jugak bila dah luka macam ni. Nak solat pun tak boleh duduk dengan sempurna huhu. Ni baru Tuhan tarik sikit nikmat kaki. 

Malang menimpa lagi bilamana tak sampai 2 minggu kawasan luka mula gatal, merah dan bengkak. Bila picit kuat kat situ keluar nanah sikit so aku suspect memang dah infected lah ni. Aduhai.. sedih sungguh hati. Hujung minggu aku pergi hospital semula dan memang dah infected pun kawasan tu. Memandangkan luka dah cantum nurse bukak balik jahitan tu. Pedih jugak masa nk bukak jahit tu. Patut Umar pun nangis. hehee. Sebelum balik aku dapat antibiotik untuk dihabiskan. Dah infected baru nak bagi antibiotik. pui.
Kawasan jahit membengkak, merah dan gatal tanda infection
Lepas beberapa minggu kawasan tu beransur pulih tapi ada parut. Cantik lagi luka Umar. Tak kisahlah asalkan sembuh. Lepas kejadian tu aku terus beli selipar tandas yang tak licin. Penutup lantai tandas pun tak berani nak bukak dah. Fobia! Kemalangan boleh berlaku di mana2 hatta dalam rumah. Maka hati2 dan doalah selalu. Nite!

Friday, November 11, 2016

Kaki Yang Ditimpa Musibah

Ini cerita basi yang berlaku 2-3 bulan lepas. Alkisahnya sliding door almari baju bilik dah longgar. Umar suka main susun syiling or susun mainan kat situ. Kadang dia akan duduk dalam almari kadang dia main depan almari. Suatu petang Sabtu yang hening, masa dia khusyuk main truck depan almari bedebah tu, "gedebuk" bunyi 1 pintu sliding terkeluar dari landasan. Dengan tak semena Umar menangis sambil tekup muka kat atas karpet. Aku yang dah tahiyat akhir cepat2 habiskan solat. Hati dah tak sedap. Rupanya tapak kaki dia ditimpa bucu sliding door almari yang jatuh tadi. Luluhnya hati tengok darah yang banyak. Dengan panik aku angkat dia yang tengah nangis tu ke bilik air sambil darah menitis2 kat lantai dan siram kaki dia dengan air. Nak nangis rasa T_T. Tapak kakinya koyak berbentuk V. Time macam ni tak jumpa pulak minyak gamat so aku amek je minyak but-but lalukan kat luka dia dan balut dengan kain batik.LOL. Panik punya pasal kan. Tapi sebelum ke klinik aku tukar balutan dengan lampin.


Terkejut agaknya tu yang terus tido huhu
Luka agak dalam. Aku yang sebatang kara call in law untuk tolong bawak dia pergi hospital. Ye lah mana mungkin aku sorang boleh bawak dia. Takkan nak letak dia dalam carseat. Kang buatnya dia korek2 koyak tu naya je. Sambil tunggu in law datang aku susukan si Umar tadi dan dia terus tidur dengan kaki berbalut. Sian Umar :'(

Sesampai di Hospital Pakar Annur, aku bagitau nurse kejadian menimpa dan nurse mintak tunggu sekejap. Lepas tu bawak dia masuk emergency untuk jahit tapak kaki yang koyak tu. Seriau beb. Sebelum jahit depa cuci dulu luka tu dengan cecair macam garam. So pedih la. Lepas tu inject ubat bius sekitar luka pulak. Hui pedih kuasa 2. Meraunglah dia. Hasilnya kena 4 jahitan. Lukanya jagged so susah sikit la nak jahit cantik. Sebelum balik doktor bagi antibiotik untuk dihabiskan selama beberapa hari.
4 jahit yo

Lepas jahit kaki mak payung mainan sebijik.

Masalah lain aku pikir dengan luka yang masih baru macam mana nak kasi dia duduk saja tak jalan sana-sini, macam mana nak mandikan dia dan macam mana nak cebuk dia. Impossible cebuk pakai wet tisu je sebab najis dia dah macam org dewasa busuknya haha. 
Untuk permasalah pertama tu aku gunakan stroller. So dalam rumah aku stroller kan lah dia. Tapi bertahan 1 malam je. Lepas tu dia dah tak boleh tahan duduk dalam stroller. So dia jalan la kesana ke mari hencut-hencut. Untuk mandi dan cebuk, aku buat kat sinki dapoq sebab kaki yang luka boleh di jungkit naik atas so tak basah la. Setel masalah. 


Selang 2 hari bawak dia ke hospital untuk cek semula luka dan dapatkan tarikh buka jahitan iaitu 2 minggu selepasnya. Untuk tunggu 2 minggu tu aku kena bawak dia pergi mana2 klinik setiap hari untuk dressing kaki yang mana ia adalah impossible. Doktor di sebuah klinik cakap aku boleh buat sendiri kat rumah sebab senang ajo. So atas tunjuk ajar doktor tu aku pun buat sendiri je lah. Just tukar balutan dan sapu antiseptik tiap pagi lepas mandi dan balik dari rumah neneknya. Kena pastikan tempat tu bersih dan kering je sebenarnya. 

Alhamdulillah lepas 2 minggu benang jahit dibukak (meraung lagi) dan hari seterusnya hanya tukar balutan sampai luka kering dan elok. 


Dah nak baik :)

Pintu bedebah tu dah disorok bawah katil. Tak dapat nak bayang kalau pintu berat tu jatuh atas jari or dada dia T_T. Mujur tapak kaki je. Pastu aku rasa insaf sekejap bila sebelum ni ada marah2 dia bila dia datang kacau aku tengah masak dll. What if Tuhan ambik kaki dia dan dia dah tak boleh jalan datang kacau aku lagi wuwu T_T. Lepas kejadian tu gak aku terus beli 1st aid box dekat farmasi. Penting untuk keadaan2 yang tak dijangka. Belilah 1 kawan2. huhu

Tuesday, November 08, 2016

Travelog ET: Kembara Afghanistan

Yuhuuu.. busan busan busan. Maka marilah baca komen aku mengenai buku pertama yang berjaya dihabiskan untuk tahun 2016. Bukunya nipis je dan ada gambar. Buku ini mengisahkan seorang gadis yang mempunyai kegilaan mengembara ke tempat2 "rare" secara solo. Ofkos dengan restu mak pak dan family dia yang sentiasa bagi full support.


Gadis ni pergi merantau ke Afghanistan secara solo iaitu negara yang bukan pilihan pelancong. Beliau ke Kabul dan kawasan2 pedalaman untuk melihat keadaan Afghanistan dari kaca mata sendiri. Menempuh beratus2 kilometer jalan darat Afghanistan dengan menaiki pengangkutan awam bukan suatu yang selamat. Tawakkalnya sangat tinggi demi mendapatkan pengalaman berharga dan permandangan indah di sepanjang perjalanan. 

Antara cabaran yang diceritakan dalam buku ni ialah suhu sejuk yang melampau di sana, terpaksa melalui pos2 kawalan yang terlalu banyak dan ketat di sana, dipandang asing, diekori orang jahat, di"pau" oleh pemandu teksi dan kegagalan memasuki Iran melalui jalan darat setelah melalui sempadan beratus2 kilometer awal subuh.

Antara perkara manis adalah sentiasa datangnya pertolongan2 ikhlas dari insan2 yang tak dikenali dan dapat menikmati permandangan indah bumi Afghanistan.

Cerita beliau menarik tapi aku rasa lebih menarik kalau dia letak lebih banyak gambar dan gambar diselang-seli dengan cerita. Baru ada feel orang kata.