Total Pageviews

Friday, December 20, 2013

Angan Mat Jenin

Bila tiba2 kerja dilambakkan di hadapan mata dengan tight timeline tanpa belas kasihan dan tak tanya aku dan machine aku punya capability nak siapkan benda tu, aku rasa nak amek emergency leave selama sebulan. Nak tengok siapa yang boleh buat kerja tu.. kahkah. 

Lepas tu habiskan duit merayap.. Dengan angan2 itu aku mula malas nak layan segala mehnah dan mula membukak Air Asia dan dan dan melihat2 apa yang best. Hasilnya aku jumpa ini.. huk2.. Macam nak buat kerja gilak.. Tapi kena cari mangsa dulu kohkoh..

Tangan sudah mula gatal hati sudah mula goyah XD

Lepas tutup page ni bukak outlook jadi tensen balik. wahaha.. Maka petang ini marilah kita berlari secara berjemaah supaya brain kita keluar pelangi, kuda, lep dan pokok kelapa.  Bye.

~~~(".)~~~

Monday, December 16, 2013

Bukan Simpati Ku Pinta

Syiria.. Sebuah negara yang sedang hebat dilanda peperangan. Kematian demi kematian berlaku setiap jam. Rumah dirobohkan rejim Assad laknatullah, anak2 kecil, wanita dan si tua yang tiada daya dibunuh ikut suka hati kepala atuk mereka.. Ramai yang menjadi pelarian dibumi sendiri. Masa depan masih jauh dari kesamaran. 
Wajah penghuni syurga :')
Mereka yang sekarang hidup dalam keadaan ketakutan, ketaktentuan dan trauma terpaksa pulak berdepan dengan musim sejuk yang extreme. Ya, musim sejuk yang extreme dalam tempoh beberapa dekad. Bak kata pepatah sudah jatuh, ditampa pulak dengan tangga. Bukan tangga kayu, tapi tangga konkrit. Aduh sakitnyew~

Mungkin ada antara kita merasakan sejuk itu menyeronokkan tapi hakikatnya ia mengazabkan dan jauh dari keselesaan. Apatah lagi kalau takde pakaian yang sesuai seperti glove, longjohn, winter jaket dll. Kediaman pulak hanyalah khemah yang diliputi salji tebal. Tiada heater ye. 
Ramai yang mula mati kesejukan termasuk kambing itu T_T
Sejuknya pegang tong gas itu >.<
Jika mahu rasa sedikit kesengsaraan mereka, boleh lah ke puncak Kinabalu dan cuba berkemah di puncak tersebut. Suhu di puncak hanya sekitar 3-15degCkalau tak silap dan diselang dengan angin dan hujan. Dijamin akan mengigil keras serta dimarah oleh guard disitu sebab buat kerja gilak. kahkah. Actually, bila tengok gambaq2 diorang aku tak dapat bayang macam mana diorang boleh bertahan. Based on my personal experience, suhu sekitar 5degree pon dah ketaq dan jari semua dah kebas.. Apatah lagi keadaan yang dikelilingi ais tapi kau hanya pakai selipar tanpa socks. Oh kekuatan apakah yang digunapakai.

Selipar... :'( 
Bagi mengurangi beban sudah jatuh ditimpa tangga konkrit itu, diharap sahabat2 yang budiman sekelian, yang baru dapat bonus atau akan dapat atau tak dapat langsung dapat menyebarluas rezeki kita kepada mereka.. Mana tau wang derma kita akan jadi asbab kita ke syurga Tuhan atau kebaikan melimpah ruah datang kepada kita.  Best bukan? InsyaAllah takkan miskin orang yang memberi. Moga Allah sayang :)




Tuesday, December 10, 2013

Sakitnya Gigi Ini

Aku sakit gigi. Bukan sebab gigi rongak tapi sebab ketidakseragaman gigi bongsu. Aku rasa pemasalahan gigi bongsu adalah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang melalui transition dari remaja ke dewasa, macam aku.. :P 

Bulan lepas aku ada jumpa dentist untuk buat scaling and polishing. Masa cek gigi, dentist ada cakap gigi bongsu aku lain sikit. Kalau tak sakit tak pe tapi kalau sakit better buang. Dulu tak sakit tapi sekarang dia sangat menyakitkan diri ini :(.


Gigiku bukan gigimu
Gigi  tu masih tak keluar habis dan kedudukannya yang terkeluar dari barisan lantas menolak gusi ke tepi amat menyakitkan. Sekarang aku masih berkira2 samaada nak tunggu dan lihat atau buang saja gigi tu wuwuwu~

Kalau nak buang ada cara biasa iaitu cabut terus. Cara ini dimaklumkan sangat menyakitkan. Bak kata Afiq, Dr cabut gigi itu bagaikan petani mencabut ubi kayu. Akan di godek2 gigi itu hingga ketitisan peluh yang terakhir. Cara kedua pulak dengan minor surgery. Cara ini sedikit mahal iaitu rm600-rm700 tapi kurang menyakitkan (rasanya huhu). 


Pengalaman Afiq mencabut gigi bongsunya.. Ngeri bukan?
Tahun depan peruntukan untuk dental dari Najib AMD akan dinaikkan ke dari RM300 ke RM400. Bolehlah kiranya aku menggunakan peruntukan itu untuk menampung kos pembuangan gigi ini. Itu pun kalau cukup berani jumpa dentist. Erkk >.<

Monday, December 09, 2013

PAAA 36th Annual Round The Island Relay 2013

Assalamualaikum..

Semalam telah berlangsungnya PAAA Round Island Relay. PAAA adalah singkatan pada Penang Amateur Athletic Association. Ini adalah lari berganti2 mengelilingi pulau dengan jumlah jarak 72.7km. Dibawah adalah detail event tersebut.

Venue: Esplanade Penang
Time: 5am
Distance: 72.7km
Categories: Men Open (16 years old & above)
Men Veteran ( 40 years old & above)
Mixed Team (16 years old & above / 6 mens & 6 womens)


the route
Kami dari Revert Sport Club telah menghantar 1 mixed team dengan susunan larian seperti berikut:

Masa dapat list ni aku happy sket sebab route aku downhill/flat ground. Tapi Farah pulak mengalami kemurungan sebab route dia uphill walaupun jarak larian dia paling pendek 3.9km. Disebabkan dia ada sikit masalah perut dan sikit rasa bersalah sebab aku yang telah menjebakkan dia dengan larian ni so dengan separuh rela aku tukar route dengan dia. Dengan kata lain, dia jadi runner ke 9 dan aku runner ke 4, 3.9km uphill itu T_T.

Jam 3am pada hari kejadian aku bangun dan siap2 pegi ambil 2 makhluk ganjil di rumah masing2. Oh masa aku turun lif sensorang kat umah, tiba2 teringat akan tajuk berita "mayat ditemui dibawah lantai lif". Hampeh betul time ni la nak teringat. 

Kami tiba di Esplanade kira2 jam 4.15am dan terus jumpa dengan ahli2 lain. Hilmi sempat mengedarkan roti dan pisang tapi nampaknya kami lebih memerlukan toilet ketika itu. Aku, Jannah dan Farah sedikit gusar. 

1st runner kami-Hafeez
Sekitar jam 4.55am pulak setiap runner dihantar ke checkpoint masing2 menggunakann bus sekolah. Sesampai di checkpoint, aku nampak ada masjid. Ya checkpoint aku sebelah masjid so kat sini aku dah nampak hikmah bila aku tukar turn larian dengan Farah. hihi. 
Checkpoint 3/4
Aku terus masuk ke masjid dan cari tandas untuk melepaskan hajat yang tertangguh hiks.. Lepas bersolat subuh di situ aku ke checkpoint semula. Setiap peserta menunggu dengan penuh pengharapan. Kira2 jam 7.15am Zubaidah Aimi muncul untuk pass baton kat aku. Di sini bermula lah kesengsaraan yang dilalui.. Penyesalan demi penyesalan menerjah diri masa berlari. Memula lari tu nyaris salah masuk lorong. Nasib ada sorang makcik tepi jalan panggil aku "dik2 lari kat sini.. hati2 ye banyak kereta ni" katanya. Haha time kasey macik xoxo. Sedar tak sedar sekitar jam 7.45am aku dah sampai kat checkpoint Jannah dan pass kesengsaraan baton kat dia pulak. 
ke checkpoint Jannah T_T
Di checkpoint ni banyak kereta yang menunggu untuk bawak runner yg selesai pulang. Mereka pulang secara sendirian. Akhirnya tinggal lah aku dan 3 lagi runner menunggu di checkpoint tu. Jam 10am barulah kereta datang ambil kami untuk dihantar semula ke Esplanade. Sampai Esplanade aku termanggu di bawah pokok sambil menahan kebusukan diri. Jannah dan yang lain2 masih terkandas di sana menunggu tamatnya larian runner di last checkpoint.

Checkpoint 4/5
Akibat terlalu bosan, aku berjalan ke astaka sebelah playground di Padang Kota. Hajat hati ingin mengisi perut yang berlagu hampa bila astaka tu tutup. Dengan kehampaan aku pun duduk bawah sebuah pohon rendang di tepi playground itu sendirian sambil memerhati gelagat orang dan burung2. Angin yang sepoi2 menyapa diri membuatkan mata makin layu. Akhirnya aku lelap kejap kat situ haha. Ikut hati memang nak landing je tapi takut orang letak syiling sebelah aku hoho.. Dah macam homeless.

Jam 1.30pm barulah si Janah dan Farah menampakkan diri sambil memegang medal. Rasa nak marah organizer. Bayangkan berapa lama aku bertapa kat Esplanade tu T_T. Dah la si Janah dan Farah dok cerita kesedapan laksa yang dimakan masa tunggu bas. Sampai ati korang citer depan aku yang tengah kebuluran T__T. 

Lepas tu kami ke Tesco utk makan.. Inilah last event aku untuk tahun ini. Tahun dpan tak tau lagi lagu mana. hua2~
Kami rangking ke 22 dari 25 (bak kata bro Izwan asal bukan last LOL)

Tuesday, December 03, 2013

Negara Ke Arah Kejahanaman

Peh tajuk kasar gilak kan.. Tapi tu saje ayat terbaik yang aku boleh describe dengan keadaan Malaysia sekarang ni. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat
(petrol, gula, tol, tariff elektrik, rumah dll) dan jenayah makin pelik2 yang mungkin tak terfikir oleh orang dulu2 semakin berleluasa, rakyat jadi makin tersepit. Tersepit di negara sendiri yang dikatakan tanah tempat tumpahnya darah. 


Hentikan lawak ini
Tak kira lah penyokong BN atau PR atau tak menyokong mana2 parti sekalipun semuanya kena tempiasnya. Hentikanlah kata2 "bersyukurlah Malaysia masih aman, makan, minum keje semua senang.. Tengok negara lain nak makan pun susah". Ayat tu aku rasa dah tak relevant. Takkan nak tunggu jadi macam negara susah tu baru kau nak bising dan komplen. Hey itu dah terlambat kawan.

Sedarilah ini semua sebenarnya musibah. Musibah yang mungkin ada hikmah dibelakangnya. Tapi musibah paling besar yang menimpa rakyat Malaysia adalah bila pemimpin/pak menteri makin ramai yang dungu. Yes dungu adik beradik bebal atau bodoh. Aku sedikit hairan apa yang menyebabkan kedunguan itu meresap ke benak fikiran mereka. Nak kata tak sekolah, rata2nya lulusan universiti hebat2.  Bebal sorang2 tak apa tapi kalau kebebalan tu menyusahkan rakyat jelata dan bawak kemudaratan baik kau berambus. Eh makin kasar ayat aku. kahkah. Ini reality. Kau boleh tengok apa yang berlaku sekarang. Bila negara makin takde duit, pak menteri jadikan rakyat macam mesin ATM. Semua benda dinaikkan dengan alasan2 dungu seperti "kenaikan gula untuk elak rakyat terkena diabetes" atau "konsert K.Pop memberi pulangan berjuta kepada rakyat". Nak spin mohon logic dan pandai sikit. Bila orang lain berhujah kau meroyan pulak dalam parlimen. Apa punya manusia aku makin tak paham. 
:)
Dan yang terbaru yang menyebabkan aku meroyan kat sini adalah pemusnahan Candi Lembah Bujang. Dah la sebelum ni asek berbulu hati tengok gunung batu kapur kat Ipoh ditarah dengan rakus.. Sekarang musibah lain plak menimpa. Yang kelakarnya, dah diroboh baru pak menteri suruh hentikan kerja2 pemusnahan tu. Eh lawak. Sebelum ni siapa bagi kelulusan kat developer. Menteri ngan developer 2x5 jek. Peduli apa asalkan duit masyuk. 


sumber : http://www.malaysiakini.com/news/248227
Alam sekitar dan nilai sejarah itu tak boleh dinilai dengan helaian kertas yang dipanggil wang. Harganya tak ternilai wahai manusia rakuss.. Aku sedih.. sobbssss :'(