Total Pageviews

Wednesday, February 13, 2013

What I Did Last CNY

Malaysia kita unik. Ada Malay, India dan Cina.. Yang bestnya setiap perayaan kita akan cuti.. yeppie! (lompat sket) Termasuklah Chinese New Year baru2 ni dan rata2 akan bercuti paling kurang pun 4 hari. 

Memula ada gak lah plan nak hangout ngan kwn2, borak2, jenjalan or buat aktiviti.. Tapi disebabkan naluri ni mengatakan jalan akan sesak so end up dok umah jaga kulit+menambah lapisan lemak.

Di pendekkan cerita ni lah aktiviti2 aku.. hewhew~

1. Tgk TV day and nite @_@
Layan Amazing Race. Menarik sebab kena ada kekuatan mental dan fizikal.. IQ and EQ kena balance. Berapa episod tah dah khatam.. tapi rasanya ada yg aku miss.. hehe.. 
Amazing Race
2. Jogging
Seminggu kalau tak jog rasa tak lengkap lak idup (bajet atlit). Even balik kampung, kalau rajin aku akan jog petang2 sambil sedut oksigen segar dengan tamaknya.. Selain tu dapat jamu mata dengan keindahan alam..
My hometown
Keindahan alam yg sentiasa memukau
Disebabkan anak buah aku balik gak, depa slalu menempel ikut aku jogging. Sorang 6 tahun sorang lagi 5 tahun kot.  Sampai separuh jalan ada yang nak minum, nak pimpin, nak balik, nak susu, nak dukung.. Haha.. Tiap kali ikut mesti ada yang nanges tapi esoknya depa ikut lagi.. hehe
Ini ahli jemaah jogging yg baru.. Relaks je but sometimes kena dukung gak =.=
3. Buli budak2.
Oh ahad pagi saja bawak 2 org anak buah beli barang kat Giant. Kawasan Giant tu dah jadi trek larian diorang. Tapi ada gak la aku mintak diorang cari barang. Kunun2 mintak tolong.. Padahal aku cari sendiri.. haha.. Saja nk diorang get involved. Task yang aku bagi ialah timbang sayur & scan harga kat scanner. The best part was.... tak kena pow barang mainan ngan depa.. haha yes!

4. Main masak2
Konon2 nak buat banana split tapi...... pemilihan pisang tak kena.. belasah je la :P
Banana split sangat:P
Esok paginya, buat sandwich plak.. Tapi berangan2 nak wat scramble egg bagai tapi telur plak takda.. huhu
Kuali atas meja kau.. haha
......
Esok paginya lagi bolognaise.. yey! 
Bahan2
Tadaaaa~


Ulang resepi ni 100x.. bila tah nak try resepi lain yg lebih complicated.. hehe.. k bye~

2 comments:

  1. nampak macam tembikai dalam ais krim tu?

    lagi satu memang tak best kalau nak masak bahan tak lengkap kan

    :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tembikai tapi jelly.. haha..
      ni semua trpengaruh dgn banana split kamu..hehe

      Delete