Kemarin aku tengok muvi "The Secret Life of Walter Mitty". Itupun lepas terpengaruh dengan review si Amad. heh.
Cerita yang dibintangi oleh si kacak Ben Stiller ni mengisahkan tentang pengembaraan dia mencari seorang photojournalist Sean O'Connor untuk dapatkan negative filem yang hilang. Part yang paling best aku rasa masa dia jatuh kat Lautan Artik, sampai kat Iceland dan berdepan dengan volcano eruption. Si Ben Stiller ni akhirnya jumpa dengan Sean O'Connor kat Pergunungan Himalaya. Gigih gila dia cari Sean O'Connor. Jalan citer ni aku rasa simple jek tapi menarik, kelakar dan yang penting scenery gunung-ganang yang osem.
Masa pengambaran filem ni, diorang pergi ke 7 tempat yang berbeza kat Iceland iaitu dari tempat yang femes ke tempat yang agak isolated. Scene masa di Pergunungan Himalaya sebenarnya di ambil di Iceland jugak.
|
A scene from 'The Secret Life of Walter Mitty" |
Kalau nak dibanding filem kita dengan filem mat salleh, memang sangat jauh beza so tak payah la nak banding haha. Aku rasa director filem negara kita ni boleh je buat filem2 yang hebat. Cumanya kena kurangkan kisah2 tahyul yang karut-marut dan kisah2 cinta yang sangat complicated yang kau rasa eh takde benda lain ke dalam dunia ni selain dari cinta terhalang, cinta 3 segi, konflik keluarga, laki/bini main kayu 3 dll. Nape semua contoh negative je aku bagi ni haha. Kalau nak kata kita kekurangan modal untuk menghasilkan filem hebat, aku rasa itu bukan alasan yang munasabah sangat. Sebuah filem Iran yang berjaya mendapat anugerah Oscars," Children of Heaven" tak guna teknologi canggih pun aku rasa. Citer pon pasal kasut iaitu kisah si abang yang berusaha keras untuk menggantikan kasut si adik. Citer ni citer lama dan aku tengok pon masa tingkatan 1 ke 2 tah. Itupun sebab 'tertengok' :P.
|
Watak utama dalam "Children of Heaven" |
Apapun tu semua pendapat aku jek. Aku tengok je citer2 Melayu ni. Cuma sekarang jarang layan sebab kat umah tak ada TV haha.