Total Pageviews

Friday, May 12, 2017

Kesabaran Dalam Potty Train

Salam..
Jauh di sudut hati malas nak tulis blog tapi disebabkan menulis adalah salah satu aktiviti untuk tingkatkan fungsi otak aku pun merajinkan diri.

Aku just nak share pengalaman potty train si Umar. InsyaAllah ada manfaatnya. Sebelum potty train Umar aku pun google dan baca pengalaman orang jugak.

Aku mula potty train Umar pada awal bulan April (umurnya 2tahun 3bulan) dan dia bebas lampin pada minggu ke 3 macam tu. Senang cerita lebih kurang sebulanlah. Memang capai target aku. Bebas lampin dalam kata lain tak pakai lampin keculi tido siang+malam. Bulan March aku ada try train dia tapi aku fed-up maka percubaan gagal. Lagipun time tu banyak berjalan. Letih.

Ini faktor-faktor membuatkan aku decided untuk potty train dia:

1. Lampin kurang basah dalam makna lain kurang kencing. Kadang dia tak kencing pun tapi lampin kena tukar sebab dia beron (berak). Kan dah rugi lampin macam tu.

2. Dah boleh bagitahu kita kalau beron atau kencing. Dengan kata lain boleh bercakap.

3. Lepas beron dia akan mintak dicebok dengan cepat. Maknanya dia dah geli dengan tahi/kekotoran.

4. Senang kalau nak masuk sekolah ke hape. Setengah sekolah tak nak terima budak yang masih pakai lampin.

5. Ambik kira keberadaan aku sebagai suri rumah sementara. Kang aku dah masuk kerja lagi susah nak potty train.

Sebelum mula, minda+emosi kena prepare sebab memang menguji kesabaran tahap angkasa lepas. Sabar bila dia:

1. Kencing dalam seluar/cadar/karpet
2. Beron dalam seluar/cadar/karpet
3. Tahi tercicir atas lantai
4. Asyik suruh bukakkan seluar cakap nak kencing tapi tak kencing pun. Kadang tiap 10 saat dia suruh bukak seluar tapi bila dah bukak seluar dia cakap tak nak pulak. Kita ni dah la nak siapkan banyak kerja2 rumah.
5. Marah kita bila kita tanya nak kencing tak? Mungkin dia annoyed dengan soalan berulang dan kerap.

Perkara-perkara kat atas tu memang boleh buatkan darah berdesuppp naik kepala haha. Aku bukanlah seorang yang begitu sabar. Banyak hari naik hantu dan macam mak tiri puaka kat TV huhu. So stepnya macam ni lah:

1. Gulung semua karpet dulu. Aku tak gulung awal-awal akibatnya ada tahi tercicir atas karpet. Nasebla karpet nipis, kecik dan tahi dia keras bukan lembik-lenyau tu haha. Terdetail plak.

2. Beli bekas kencing/beron dia. 

Nak tengok Didi punya pasal dia request letak benda ni depan TV. NO WAY man :D
3. Bagitau dia dah tak pakai pampes so kalau nak kencing cakap " Umi nak kencing". Suruh dia ulang balik ayat tu sampai terpahatt dalam minda dia. 

4. Selalu tanya dia nak kencing tak? Aku tanya terlalu kerap sampai dia marah. Dia nak main pun tak senang. Ada masa tu tak sampai 10 saat lepas aku tanya dia dah kencing dalam seluar. Mana aku tak hangin. Lepas kencing dalam seluar baru dia nangis cakap nak kencing. Stage awal2 ni memang stage nak bagitau dia kencing dalam seluar tu salah. Seluar akan basah. So kencing dalam seluar tu salah satu proses pembelajaran jugak.

5. Masa tukar seluar dia yang basah tu brainwash sikit. Tanya dia nak kencing cakap apa? Kencing kat mana? Kencing dalam seluar umi rotan. Contoh la. Pendekatan aku memang macam singa. Ikutla pendekatan memasing. Stage ni jugak dia tak dapat nak kenal sangat rasa kencing dan tak dapat nak control lagi.

6. Adapun untuk beron, kita kena alert. Nampak muka dia lain macam atau ada mukadimmah nak beron cecepat tanya dia dan bawak dia pergi bekas. Memula dia akan rasa tak selesa dan boleh jadi hajatnya terbantut.

7. Bila keluar kejap beli barang or jalan2 bawak lampin bagi dia pegang sebagai reminder.


Lampin kat tangan :D
8. Pujilah bila dia dah boleh bagitau nak kencing. Kasi dia kembang sikit lol.

Bila dah mula potty train memang ada rasa nak give-up sebab letih+stress. Tapi bila asyik on-off, nanti dia jadi keliru nak kencing kat mana sebenarnya. Bila dia keliru nanti kita jadi lagi susah so baik teruskan je. Tak sanggup nak penat banyak kali. Ada gak terpikir awal sangat ke aku train dia. Bila baca2 balik ok je umur macam ni. Dah berjaya kena la rajin layan bila dia nak kencing+beron. Muahaa~
GoodLuck!

No comments:

Post a Comment