Total Pageviews

Friday, February 24, 2017

Kasihan Umar

1. Tadi aku marah-marah Umar. Ala marah-marah sayang gitu lol. Tak habis-habis lepas makan pankek makan cereal pastu suruh bukak botol air nak minum. Lepas tu masuk bilik aku tutup balik botol nanti tumpah satu hal lak. Pastu dia datang balik nak minum lagi. Lepas minum suruh bukak biskut atas meja pulak. Lepas makan 1.5 bijik dah taknak pulak. Bukan marah dia makan, marah sebab makan sikit pastu taknak dah. Kite ni udah le mengantuk emo la jadinye haha. Pastu aku cakap "eh Umar pergi tidur la dah macam2 sangat dah ni". Kalau macam-macam sangat dia memang dah mengantuk sebenarnya. Lepas aku cakap macam tu dia terus pergi. Aku ingat dia pergi intai makanan lagi atas meja or korek peti sejuk. Rupanya dia baring sebelah adik dan terus tidur. Sayu pulak rasa huhuhu.. Lalu aku ambik fon amek gambar dia sebab nak cerita kat blog haha. 


:'(
2. Dia ni boleh dikatogeri sebagai "abam yang manja". Kalau terjaga dari tidur tak nampak kelibat Umi mesti jerit "Umeeeekkk". Kalau nak pastikan dia tidur lama siang kena duduk baring kat dia. Kalau dia jaga kena peluk2 tepuk2 gitu. Ni tengah type dia terjaga plak. Sanggup intai balik laptop nak cek aku ada ke tak haha. 

3. Kadang tidur mintak tepuk. Tapi bila dah lena kadang dia tolak2 pulak kita suruh tepi.

4. Now bila nak susu tengah malam dia akan jerit nangis. Dah lama nangis jerit pekik baru dia pergi ambik susu dalam peti sejuk. Dulu sebelum ada adik elok je bangun ambik sendiri tak jerit2 huhu.

5. Agak jeles orangnya. Jeles ngan adik. Semalam lepas pangku Ecah dia lak merengek nak pangku. 

6. Protective jugak. Minggu lepas masa dukung Ecah ada lah soran girl acan Ecah dari belakang. Lepas tu dia merengek suruh aku letak Ecah dalam stroller. Aku lak tensen bila dia duk merengek.

7. Sekarang suka mintak maaf. Kadang out of sudden dia mintak maaf. Cth dia tunjuk mainan kat aku. Aku pun respond lah yang sepatutnya pastu sambung tengok fon. Tetiba dia datang salam cium tangan cakap maaf umi. Bila dia betul buat salah then nangis2 mintak maaf, pastu aku cium dia lagi kuat dia nangis haha. Terharu la konon

8. Penyayang. Selalu sebut "sayang ummi" sambil peluk. Ucapan tu pun tak kira masa. Kadang masa aku gosok gigi tiba2 datang peluk cakap sayang ummi. Aku pun cakap sayang Umar, nanti ummi gosok gigi dulu haha. Kadang lepas basuh berak, lepas mandi, nak pakai baju, nak tido. 

9. Rajin buang pampes adik dalam tong sampah. Lepas mintak tolong dia akan jawab "jap ye" then terus buang sambil buat muka bangga. Mainan akan dikemas bila aku umpan main bola kat luar atau tengok kartun. 

10. Tak boleh tinggalkan berdua dengan adik. Bahaya. Kadang dia suka tekup muka adik dengan bantal. Kadang dia buat nak cium tapi dia gigit. 

Tu lah serba sedikit ttg Umar Khaleel yang cuba menarik perhatian kedua orang tuanya selepas kemunculan adik baru haha. sekian

Masalah Lipas

Hairan sunggoh mana datang lipas banyak riang berkeliaran kat sini.  Dalam bilik, kat sinki, bilik air, meja makan. Eh banyak lah.

Fizikal lipas kat sini tak sama macam kat Malaysia. Lipas sini jauh lebih kecik, berani dan tak mudah terpedaya. Aku guna pelekat perangkap lipas bawak dari Malaysia hanya sekor dua je lekat. Lepas tu aku guna campuran minyak masak dan susu manis sebagai perangkap. Sekoq pun tak dapat. Ada sekor tu dah datang dekat. Dia hidu2 lepas tu patah balik. Tensen pulak aku tengok.

Lipas
So aku biar je kewujudan diorang sampai satu hari kaki Umar kena sengat serangga masa tidur. Suspek utama memang lipas bedebah ni la. Tak de plak aku nampak serangga lain selain dia. Esoknya aku jalankan operasi membanteras lipas dalam bilik dan ruang antara dapur. Aku guna spray khas utk lipas. Spray lain tak lut.Hasilnya aku jumpa 1 perkampungan dia bawah peti ais. Habis tok nenek cucu semua terbunuh.

Tapi lepas tu aku nampak lagi berkeliaran atas meja. Hasil operasi didapati dia banyak menyorok kat celah2 bungkusan makanan. Habis dibanteras. Lega rasa..

Tapi sekejap je. Pastu aku nampak lagi dia rayap kat sinki. Aku taboq serbuk khas utk lipas kat tepi2 sinki dan dinding. Tak tau la berkesan ke tak sebab nampak dia terlanggar serbuk tu dia macam "ouch terpijak lak" pastu dia patah balik haha.

                                        

Now kalo nampak aku sembur terus dgn spray lipas. Kalo malas aku biar je kasi chance. Huhu. Hasben ckp masa musim panas tak de. Masuk musim sejuk ada. Dia nak berlindung dari cuaca sejuk barangkali.