Total Pageviews

Monday, July 18, 2016

Tragedi 1 Syawal

Masih tak terlambat rasanya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang sudi jengah story aku yang sangat tragic ni keh keh. 

Macam tahun lepas, tahun ni kami beraya di Singapore lagi. Saja kasi can. Nanti ada yang nangis pulak kih kih. Bertolak ke Singapore pada hari Selasa lepas subuh. Boleh tahan mengantuk jugak walaupun bukan aku yang drive. Dalam perjalanan baru sedar aku tak bawak lesen kereta. Nak tak nak kami singgah di JPJ Johor untuk laporkan kehilangan lesen. Konon2 hilang lah. Bila pegawai JPJ cek rupanya lesen aku pun dah mati so buat je lah baru RM60 untuk 2 tahun. Alhamdulillah prosesnye cepat. 

Kami kemudian singgah di Larkin untuk membeli sikit kuih raya. Selalunya ada bazar kuih raya kat situ. Lepas tu aku pun take over jadi driver untuk masuk ke Singapura. Aku jadi fulltime driver dalam Singapore sebab as a Singaporean, husband tak boleh drive kereta Malaysia. Kena ada permit or tukar kereta import yang canggih sikit kih2 :P. 

Kami check in hotel dalam jam 2 petang. Lepas merehatkan diri, sekitar jam 6.30petang kami keluar ke rumah nenek di Bedok. Stress jugak aku drive sebab asek kena hon. Perut dah la lapo. Pastu yang bagi arahan dok salah2 plak. Angin plak aihh haha. 

Sebaik azan kami sampai di parkir kereta rumah nenek. Org dah halfway makan dah tu. Bila sampai rumah nenek aku dengan moody makan lah selahapnya. Hampir semua juadah raya ada. Aku pun makan la sup tulang merah 2 ketui bersama roti, sambal paru pengantin, sambal sotong yang pedas, murtabak singapore dan apatah lagi tak ingat. Rasa membuyut je perut. 

Lepas kenyang dan rehat2 bagai ular sawa kami pun balik hotel. Esoknya raya. Pagi raya macam biasa lah pergi masjid jam 8 pagi. Masjid Sultan dilimpahi jemaah. Aku ngan Umar duduk paling belakang saf lelaki bersama makcik2 Indonesian. Dah tak boleh nak jalan. Macam2 jenis orang boleh tengok kat Masjid Sultan ni. Ada Indonesian, ada Indian berpakaian mcm sari, ada Pakistani, ada Korean, ada Chinese eh macam2 lah. 

Masjid Sultan lepas solat raya
Usai solat kami balik ke hotel. Jam 11.30pagi kami keluar ke rumah nenek. Masa nak keluar perut aku dah tak sedap. Kruk2 bunyinya. Sesampai rumah nenek, sebelum sempat aku jamah apa2 aku terus cari tandas. Tanpa diduga sakit perut aku berlarutan hampir seharian. Kebanyakan masa aku spent dalam tandas tunggu berlian keluar sampai berbintang2 mata haha. Serious keluar bintang kelip2. Time tu la aku pikir kenapala nasibku jadi begini di raya pertama. Mula menyesal makan banyak2 masa buka puasa semalamnya. Mungkin juga kafarah sebab aku angin ngan hasben sebab bagi salah direction semalam >.<. Bil air nenek aku mesti melambung bulan ni sebab aku yang guna. Tandas memang jadi milik aku. Sape yang ada dalam tandas masa perut aku memulas mesti aku suruh cepat keluar haha. Yang nak buang air kecil or benda2 tak penting boleh buat kat rumah sendiri. Hal aku lagi mustahak muahahahaha. Akibatnya raya pertama taun ni aku tak makan apa pun. Jadi fobia nak makan. Malam baru lah cari makan iaitu mee korea yang sedap. yeahh!

Sekian cerita tragic 1 Syawal aku.