Total Pageviews

Saturday, January 09, 2016

Beautiful Sapa -Day 4 and 5

Sesampai di OldQuarter dari Halong Bay, kami check-in bilik sekejap sebelum berangkat ke Sapa pada malamnya. Sepatutnya tak ada check-in hotel. Ini semua atas ihsan si Kevin. Lepas masuk bilik hotel mak segera turun ke bawah untuk ke pharmacy berhampiran bagi dapatkan ubat mata. Mak kena infection mata pulak huhu. Bijik mata mak ni jadi merah macam jembalang dah.  Atas bantuan staff hotel iaitu Emily, mak berjaya mendapatkan eye drop yang sesuai. Emily sangat membantu mak. English pun payah jugak kat sini. Tak ramai yang fluent or tahu cakap omputey. Emily ni la jadi perantara mak. Tanpa Emily mak takut dapat ubat telinga je haha.


Lepas tu mak naik balik bilik, siap2 apa yang patut dan cek out hotel semula. Disebabkan train jam 9.30 malam maka kami ambil kesempatan untuk shopping sikit lah. Memang tak ada masa lain dah nak shopping. Kami pun merayau2 sekitar Old Quarter dan berjaya dapatkan sikit fridge magnet, beg dompet dan beg galas. Mak aku pesan belikan beg sekolah adek aku. Jauh betul beli haha. Ingat boleh shopping lama sikit tapi terpaksa balik semula hotel sebab Umar dah mengamuk nak susu dan tido. Dia bukan nak susu botol. 

Sesampai di hotel mak pun cari lah port sesuai untuk susukan Umar. Mak pergi cafe hotel di bahagian bawah. Bukak 1 lampu dan susukan Umar sambil layan FB. Bila Umar pun dah tido mak pun lega. Tiba2 ada suatu entiti bergerak laju dan kelam kabut ke arah mak sambil "gong gong". Hoi gila tak terkejut. Terkeluar suara jantan mak haha. Rasa nak gugur jantung haku. Rupanya tuan cafe punya anjing. Lepas anjing dia muncul, tuannya pulak muncul. Tuannya cuma cakap "jangan.. jangan.." camtu je. Bedebah punya anjing. Naseb tak di gigitnya. Tak semena2 je kena cari tanah plak nak sertu. Umar pun dah terjaga akibat terkejut dengan jeritan jantan mak haha. 

Ok lupakan pasal kisah anjing bedebah tadi. Jam 9pm kami ke train station dengan menaiki taxi. Staff hotel hantar kami sampai la ke cabin. 1 gerabak ada banyak cabin. 1 cabin ada 4 berth/katil. Ada juga 1 cabin 2 katil tapi harga lebih mahal. Oh untuk ke Sapa ada 2 pilihan sebenarnya. Samaada menaiki train atau bus. Bus lebih murah, masa lebih pendek dan akan terus ke Sapa town manakala train sedikit mahal, ambil masa lebih lama dan sampai di Lau Cai train station. Dari train station kena ambil minibus/van ke sapa town pula (lebih kurang 1 jam).


Night train to Sapa
Kami berkongsi cabin dengan lagi 1 Europe couple. Tak pasti dari negara mana sebab aneh betul bahasanya. Alhamdulillah depa tak smoke or minum alcohol. Umar tido je depa mula cakap bisik2. Perjalanan malam tu sangat smooth dan Umar tido sangat lena. Kami dibekalkan dengan air mineral, sebijik bantal dan selimut tebal. Selesa. 

Day 4
10 minit lagi nak sampai depa dok pasang lagu kuat2. Mungkin ini cara mereka kejut penumpang.. Sesampai je di train station kami cari driver yang dah dibook awal oleh Kevin. Driver kemudian bawa kami ke Sapa town. Sesampai, kami kena menapak pulak ke atas bukit untuk ke Sapa Panorama Hotel. Lepas sikit briefing kami pun breakfast sambil menikmati Fanxipan Mount yang cantik dari jauh. 


Morning in Sapa
Sementara tunggu trekking time kami sempat ronda2 kawasan sekitar. Pukul 9.30 pagi kami mula trekking. Aku ingat trekking mudah2 je.. Rupanya trek di lereng2 padi bukit depa. Dengan selut licinnya.. Memang perlu bantuan si Black Hmong tu la. Hmm masa trekking aku dapat agak kenapa masa perang dulu US boleh kalah di Vietnam. Orang kata kecil2 cili padi. Oh Black Hmong ni adalah kaum yang terdapat di Sapa. Mereka asal dari China sebenarnya. Depa akan ikut tourist group trekking tanpa dipinta. Bila tiba time rehat depa akan minta kita beli kraftangan depa. Harganya jauh lebih mahall dari di Hanoi ye.. Di Hanoi mungkin bleh dapat RM8 macam tu tapi depa jual RM40! 


....

View along the track
Aku yang bawak baby ni dibantu oleh Zue. Dia boleh bercakap English dengan baik. Tak semua boleh cakap English. Some of them memang pergi kursus tourism and some of them (termasuk kanak2) belajar English hanya dari tourist yang datang. Kagum jugak la aku dengan diorang. Bila trekking tamat sempat juga aku beli kraftangan dari Zue tanda terima kasih. Lepas tu datang plak orang lain mintak beli barangnya.. Dia kata tak adil aku tak beli dari dia sebab tadi dia ada tolong husband aku hahaha. Malas nak layan


Their village
Total trekking pagini adalah 10km T_T. Sampai di kampung Black Hmong kami makan lunch. Aku tak makan hehe. Lepastu kami di bawa lawat rumah 2 kaum yang berbeza. Daif je aku tengok rumah depa ni. huhu. Ada juga rumah yang dijadikan homestay. Kami juga dibawa melawat sekolah rendah di situ. 


Jualan harian
Kami balik hotel dengan menaiki minibus. Kaki dah sakit. Dapat hotshower memang nyaman. Lepas dinner kami keluar merayap survey2 kedai. Banyak juga kedai yang buka sampai lewat malam. Jika di Hanoi, jam 8malam banyak kedai dah tutup. Malam di Sapa agak meriah. Penduduk keluar menikmati malam walaupun cuaca dingin. Ramai anak muda yang bermain bola di lapangan. 

Aku singgah 1 kedai runcit untuk tengok2 kopi or teh. Banyak yang tak ada price tag. Nak tahu harga kena tanya dan aku rasa ini satu cara depa nak "makan" kita. Ada 1 box teh ni aku tanya harga berapa? Lepas tu dia dok sengih2 dgn kawan dia. Lepas tu dia kata 50k Dong. Bila aku cek box tu dan box2 lain aku cakap kenapa semua ni tulis 40k Dong? Kantoii.. Pastu dia kata "no no.. 50k".. Tak puas hati aku pun blah. Puii..

Malam ni sempat la aku grab 3 helai seluar. 2 untuk abang dan adek aku dan sehelai untuk aku. Suar aku dapat 18USD (brand JackWolfskin) manakala suar adek and abg aku 13USD each (brand NorthFace). Tak tahu la mahal ke murah dah tu huhu. Suhu 13 degree dengan angin kuat memaksa kami pulang segera. Aku ok, anak aku ni kesian pulak.  Balik hotel mata mengantuk kaki sakit. 

Day 5
Pagi ni kami ada trekking 7km ke CatCat Village. Lebih mudah katanya sebab takde selut bagai. Disebabkan kaki dah sakit dan kami nak explore Sapa Town, kami skip the trekking. Rugi juga rasanya tapi nak buat macam mana lutut longgar haha. So pagi ni kami relax2 je dulu. Kul 11 pagi check-out hotel dan terus jalan2 sekitar Sapa menambah barang belian kehkeh. Hasilnya kami dapat tambah 2 bekpek kecik dan 1 kasut nike dengan total harga rm100+. Ingat nak grab kasut Salomon tapi tak sempat huhu :(. 


Rambang mata
Hasil carian kami berjaya jumpa Cosiana Hotel. Ada apa dengan Cosiana hotel? Pastinya makanan halal haha. Cosiana Hotel ada di Hanoi dan Sapa dan satu2 nya hotel yang sediakan makanan halal. So kami ke restaurant nya dan order spring roll, Vietnamese noodle dan coffee shake. Ambe bukan peminum kopi tapi ambe rase kopinya sgt lazat.

Lepas perut kenyang kami jalan2 lagi dan balik hotel. Kami perlu berada di hotel sebelum 5.30pm kerana 5.30pm kami akan dihantar pulang ke train station untuk balik ke Hanoi.

OTW turun ke train station Umar tak banyak ragam pun. Baik je. Cuma kepalanya rasa dah suam2 nak demam. huhu. Pulang ke Hanoi kami berkongsi cabin dengan 2 mamat saleh. Disebabkan demam banyak kali Umar bangun menjerit tengah malam. Terpaksa la apaknya bawak ke luar cabin tenang kan dia. Aku rasa malam tu 1 gerabak tu tak lena tido especially 2 mamat saleh tu haha. Naseb la no.

Sapa is a beautiful place that will leaves you great experience. Aku rasa untuk explore Sapa, 2 days 1 night is not enough. Sapa ada few waterfalls and Dragon Mountain yang boleh di explore. Jika tak mahu guide, boleh rent motorbike around USD5/day. Untuk trekking better guna English speaking guide so that dapat la sikit info/knowledge.

No comments:

Post a Comment