Total Pageviews

Tuesday, December 10, 2013

Sakitnya Gigi Ini

Aku sakit gigi. Bukan sebab gigi rongak tapi sebab ketidakseragaman gigi bongsu. Aku rasa pemasalahan gigi bongsu adalah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang yang melalui transition dari remaja ke dewasa, macam aku.. :P 

Bulan lepas aku ada jumpa dentist untuk buat scaling and polishing. Masa cek gigi, dentist ada cakap gigi bongsu aku lain sikit. Kalau tak sakit tak pe tapi kalau sakit better buang. Dulu tak sakit tapi sekarang dia sangat menyakitkan diri ini :(.


Gigiku bukan gigimu
Gigi  tu masih tak keluar habis dan kedudukannya yang terkeluar dari barisan lantas menolak gusi ke tepi amat menyakitkan. Sekarang aku masih berkira2 samaada nak tunggu dan lihat atau buang saja gigi tu wuwuwu~

Kalau nak buang ada cara biasa iaitu cabut terus. Cara ini dimaklumkan sangat menyakitkan. Bak kata Afiq, Dr cabut gigi itu bagaikan petani mencabut ubi kayu. Akan di godek2 gigi itu hingga ketitisan peluh yang terakhir. Cara kedua pulak dengan minor surgery. Cara ini sedikit mahal iaitu rm600-rm700 tapi kurang menyakitkan (rasanya huhu). 


Pengalaman Afiq mencabut gigi bongsunya.. Ngeri bukan?
Tahun depan peruntukan untuk dental dari Najib AMD akan dinaikkan ke dari RM300 ke RM400. Bolehlah kiranya aku menggunakan peruntukan itu untuk menampung kos pembuangan gigi ini. Itu pun kalau cukup berani jumpa dentist. Erkk >.<

No comments:

Post a Comment