Total Pageviews

Monday, September 09, 2013

Misteri Pulau Jerejak


"Pulau Jerejak ialah sebuah pulau kecil di selatan Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri dan juga tempat kuarantin penyakit kusta. Dikatakan Francis Light tiba terlebih dahulu di Pulau ini sebelum ke Pulau Pinang." - wikipedia

Tapi tu semua duluuuu...(muncung sket mulut). Sekarang dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong. Ada resort dan macam2 outdoor aktiviti. Bagi yang dah boring pegi Penang Hill, Batu Feringgi dll korang boleh cuba ke Pulau Jerejak. 




Pulau Jerejak
Bermalam kat resort tu aku rasa agak mahal so nak jimat boleh ambil 1day pakej RM60/person (harga taun 2010). Lepas seharian beraktiviti boleh balik terus. Pakej tu termasuk bot pergi dan balik, buffet lunch dan 6 macam aktiviti. Pertama kali aku pergi taun 2009 harga pakej tu RM50 je. Skang mungkin lagi mahal. 
Jetty ke Pulau Jerejak
Kali terakhir aku pegi tahun 2010 dengan Jannah-syurga, Ummu, Nasira dan adik2 trainee dari UTP (Hazwan, Faiz, Nuar & Muzek). Kami naik ferry sekitar jam 9am dari jetty dengan perjalanan kurang 20min. Dipendekkan cerita ini antara aktiviti2 kami:

1. Jungle Trekking.
Aktiviti ni ambik masa lebih kurang 1 jam termasuk masa kecederaan. Untuk aktiviti ni, akan ada guard yang lead. Mengikut kata guard, trekking malam baru adventure sebab macam2 bunyi bley dengar.. heeeeeeeee (mengilai sket). 
Aktiviti ni menarik sebab tak dak pacat. hih
Bergambar bersama guard dan pengunjung lain
2. Archery 
Lepas jungle trekking kami pergi archery. Untuk pengetahuan, bow tu agak berat sebenarnya. Tapi bow untuk lelaki lagi berat berbanding perempuan. Selain kena tahan berat bow sambil tarik bowstring, kau jugak kena fokus pada sasaran. Kadang2 angin akan menyebabkan arrow tersesar selain dari faktor memang tak reti main. 
BooOo.....tak kena
3. Cycling (to Old Prison)
Ada 2 benda tak best untuk aktiviti 
1. Rantai basikal aku asek tertanggal >.<
2. Tak dapat sampai ke penjara lama sebab ada construction. 
Yang bestnya plak basikal tu guna gear Shimano dan kami dapat membakar kalori.. wehhey.. Jarak ke penjara lama tu agak jauh sebenarnya.. Aku dah pernah sampai kat penjara lama tu sebelum ni.. Yang ada hanyalah tinggalan gambar2 wanita/artis di dinding2 penjara. Peneman tidur sang banduan aku rasa.
Muzek sakit pinggang 
4. Lunch
Menjelang tengahari kami bagi kegembiraan pulak pada perut dengan buffet lunch yang agak nyam2..kruk2..glup2..
Lahap level 8
Lepas lunch kami rehat2 sekitar swimming pool. Ada juga yang ambil kesempatan dengan bermain table tennis. Congkak dan carom jugak ada tapi mainan tu ada kat tepi pantai so kena menapak sket.
Bukan reti main pon haha
5. Suspension Bridge
Lepas berehat panjang dan solat kami menapak sikit ke atas bukit.. Menapak banyak sebenarnya..ehehe.. Kat atas tu ada suspension bridge yang tak begitu panjang.. Kami perlu melalui suspension bridge tu untuk ke tempat flying fox.


6. Flying Fox
Sebelum aktiviti bermula kami semua kena pakai safety helmet dan harness. Jarak laluan tak terlalu jauh cuma agak cuak sebab lalu dam.. Yang kelakar ada  lelaki ittew jerit ketakutan macam pompuan.. haha.. sebut nama jatuh mengumpat plak kang.
Selesai semua kami pun menapak turun untuk aktivit terakhir. OTW back jumpa plak ular daun. 

video

7. Wall Climbing
Aktiviti terakhir adalah wall climbing. Seperti biasa sebelum aktiviti bermula, harness perlu dipakai sebagai langkah keselamatan. Semua, baik lelaki atau perempuan berjaya sampai ke atas dengan bergayanya kecuali aku.. hehe. Malas lak nak try :P


BoOooo~
Sekitar jam 6 kami bertolak pulang dengan menaiki ferry yang sama. Pengunjung harus alert dengan jadual ferry. Jika terlepas ferry terakhir maka berenanglah secara berjemaah untuk pulang ke seberang. :P

No comments:

Post a Comment