Total Pageviews

Saturday, September 21, 2013

Altitude Can Kill

"Every year, people die of altitude sickness. All of these deaths are preventable. If you are travelling above 2500m (8000ft), read this information and tell your companions about it - it could save your life."

Baru2 ini kita dikejutkan dengan kematian seorang pendaki di Gunung Kinabalu akibat AMS. Kematian akibat AMS bukanlah sesuatu yang asing tapi adalah elok jika kita mengambil langkah berjaga2. Maka tujuan entri ini adalah untuk educate diri sendiri dan sahabat2 tentang AMS.

Apakah AMS?
Acute Mountain Sickness atau AMS adalah penyakit mabuk gunung yang berlaku akibat kekurangan oksigen. Bila pergi ke altitude tinggi (above 2500m), udara jadi makin nipis dan tekanan jugak kurang. Kedua2 faktor ni jadi penyebab kurang oksigen supply ke dalam badan.
% Oxygen mengikut ketinggian (3000-4000m=12000-13000ft)
AMS tak bergantung pada jantina, saiz badan, berat or ketinggian. Ia bergantung pada body acclimatization atau kebolehan badan untuk adapt dengan keadaan. Ada orang boleh adapt dengan cepat dan ada orang adapt lambat. Tiada cara untuk kenalpasti kebolehan badan anda acclimatize melainkan anda sendiri ke tempat ber-altitude tinggi dan mengesannya.

Simptom2 AMS
AMS ada banyak stage iaitu mild, moderate & severe AMS. Simptom2 mild AMS adalah pening, mual, hilang selera makan, letih, susah tidoq dan malas berkomunikasi dengan orang. Eh macam banyak pulak. 
Symptoms
Simptom AMS yang aku pernah alami adalah susah tidoq. Kerisauan untuk ke puncak jugak menyumbang pada susah tidoq aku. hoho. Semasa mendaki ke peak iaitu pada ketinggian >3000m, aku mengalami keletihan, kemengantukan yang melampau dan loya. Bila perkara ini menerjah diri, kita akan rasa malas untuk berkomunikasi dengan orang sebab tengah fokus untuk acclimatize. Eceh poyo. 

Cara Atasi AMS
Cara terbaik untuk atasi AMS adalah dengan mendaki perlahan2 mcm siput. Bagi masa pada badan untuk adapt dengan new environment. Minum (keep hydrated) dan makan (take more carbo) secukupnya juga penting. Cara lain adalah dengan mengambil cetazolamide (Diamox®), steroid atau dexamethasone tapi ia tidaklah digalakkan.

Jika anda mengalami AMS, anda perlu berehat. Ya berhenti dan rehat pada altitud yang sama. Jika keadaan masih sama atau bertambah teruk, anda perlu turun ke bawah sedikit ke altitude yang lebih rendah dan rehat. Dah recovered baru naik semula. Kalau tak nak, boleh turun semula ke kemah/hut dan sambung tido or makan megi, kihkih. 

Masa AMS dulu si Amad pesan kat aku kalau berhenti jangan duduk nanti lagi penat. Habis je nasihat ikhlas tulus mulus dia, terus aku duduk kat batu. harhar.. Sorry mak memang tak larat. Nasihat dia bagai angin lalu yang sekali sekala menyapa dedaunan. hih..

Few meters to Snow Mt's Peak
Kalau anda bawak beg, mungkin boleh paksa minta orang lain bawakkan (kalau ada yang sanggup sudi) sebab beg yang berat boleh menyebabkan oxygen lambat sampai ke otak (ni uncle Karat yang cakap kat aku haha.. bukan reka :P). Tapi tips ni macam banyak cekadak plak sebab kau menyusahkan orang. Lenkali bawak ringan2 sudah.

Moga perkongsian ini berguna untuk saya dan sahabat2 sejagat. Untuk maklumat lanjut boleh lah tanya Prof Gugel. BTW apa pasai cari penyakit panjat gunung? Dok umah main candy crush la.. Ehehe ia suatu hobi tapi tarikan utama adalah untuk melihat ciptaan Tuhan yang sentiasa menyihir manusia dengan keindahanNya.

Thanks reading & jaga diri kawan.:)


Tuesday, September 17, 2013

SP Marathon


Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku dan Jannah-Syurga ke Sungai Petani Kedah untuk satu running event. Kami bertolak sekitar jam 9pm dan sampai di Northen Lodge, Sungai Petani selepas drive selama 1 jam dibawah pengaruh mengantuk tahap dewa.
Nasib la ada sponsor untuk bermalam di sini uhuu~
Sesampai, kami terus bersiap untuk tidoq. Sebelum tidoq, Bro Khaw sempat bagi T-shirt larian dan bib number. Agak mengecewakan bila baju aku besar ya amat. Sepatutnya saiz M tapi dapat 2XL sebab kehabisan stok. 

Basically ada 4 jarak larian iaitu 21km, 12km, 5km dan 3km. Peserta 21km akan pakai t-shirt biru, 12km t-shirt hijau manakala 5/3km t-shirt putih (pelajar sekolah). Disebabkan t-shirt hijau aku tu besaq sangat maka aku pakai t-shirt putih sendiri. Rase macam geng dengan dak sekolah plak ai.

Esoknya, tepat jam 6.30 pagi peserta 21km dilepaskan manakala 6.45 pagi peserta 12km pulak. Macam biasa, awal larian semua berebut pecut. Relax la ui kita ada 12km kot. 
The route
Masa aku lari, ada sorang uncle lari sebelah aku sambil cakap sesuatu dalam bahasa cina. Aku toleh kiri tak ada siapa peduli dia. Rupanya dia cakap ngan aku. Lepas aku buat muka blur dia cakap "Cheng Ho itu berbangsa Cina tapi seorang Islam." Aku pun balas "haa ye2.. " sambil sengih2 dan mengkontrol hidung. Lepas tu dia terus tinggalkan aku. Baru teringat aku ada lekat sesuatu kat belakang baju. Lepas beberapa langkah ada plak sorang mamat tanya apa maksud kat belakang baju tu tapi aku sengih je lah dah tak tau nak jawab. Ada jugak yang lalu sebelah sambil cakap sesuatu dan buat thumb up. Eh apa yang aku pakai kat belakang baju. Jeng jeng..... Bila cek balik rupanya "ISLAM= (tulisan cina)" haha. Aku pun tak paham apa. Lupa nak tanya Bro Khaw. LOL


Oh kenapa begitu? Malukah? 
Oh untuk pengetahuan (tanak tahu pun tak pe lol), 12km adalah jarak larian paling jauh yang penah aku sertai takat ni. Diaphragm dah tersangkut2, peparu dah tak boleh expand dan kaki sudah menjerit. Oh bertabahlah. Cabaran lari awal pagi ni adalah gerai2 nasik lemak yang baru beroperasi bersama aroma yang menyelerakan. Menggugat betul. Nak je aku singgah makan haha. Ada jugak pacik2 yang jemput makan dulu. Baru ada pawaa katanya.. haha apa2 je la pacik ui.. 
Gigih

Ustaz Taufiq & Bro Khaw
Disebabkan penganjur kata ada 4 water station untuk 12km so ikut perkiraan setiap 3km akan ada 1 water station. Aku pun decide tak mau bawak water bladder. Lari punya lari water station tak muncul2. Rupa2nya dah 7km baru ada water station. Pulak tu air kosong je. Dapat isotonik sedap le sikit tekak ni.. sedih betul.. Aku rasa semua orang kecewa sebab water station jauh dan air kosong je. Next year please get more sponsors. 

Water station
RSC

1st medal for 2013 mehmeh
Lepas habis larian kami pergi breakfast kat satu gerai ala 80an. Kami makan nasik dengan lauk yang hampir sama iaitu kubis, tauhu jepun dan kerang masak sambal. Yang paling best adalah kerang dia sebab debab2 belaka haha. Rasa macam mimpi laila bila macik tu cakap harga makanan aku dengan air limau suam RM2.70. Di zaman minyak naik 20sen ni memang susah nak jumpa harga makanan murah macam tu. Masa bayar, rasa nak cakap "keep the change" je kat makcik tu tapi change aku sekupang je so tak jadi nak cakap haha. Apapun harap makcik tu suksess dengan perniagaan dia.  

Kami kemudian pulang ke Penang dengan kebusukan yang melampau sebab tak mandi pagi terus pergi lari haha. Euuu~

Tuesday, September 10, 2013

Beri-biru Bukan Biri-biri

Hari ini aku TERbangun awal. Macam tak ikhlas je bunyinya haha. Lepas solat aku teringat ada sesuatu yang aku nak buat.. Aku pon pegi dapur keluarkan periuk dan sudip. Aku masukkan tepung, sebiji telur dan air ke dalamnya lalu dikacau sehingga sebati sambil berangan tengah buat rancangan masakan. 

Lepas kuali panas, aku masukkan sket butter dan ditempek adunan tadi ke dalam kuali panas dengan api yang kecil. Lepas nampak bubbles break on top of the mountain, terbalikkan ia sekejap dan angkat masuk dalam pinggan.



Itulah pancake namanya. Mudah bukan? Tepung tu boleh cari kat kedai. hikhik. Yang aku beli ni perisa blueberry atau dalam bahasa kebangsaan beribiru :p. Aku tak pasti celah mana blueberry nya sebab tak rasa blueberry langsung. Seketul blueberry pun tak jumpa. Ceyt tipu.



Separuh kotak boleh dapat 10 keping pancake. 5 keping aku bagi kat Jannah Syurga. Beliau menerimanya dengan ucapan beribu tania why no syrup? Demand plak aih macik ni.. Syrup cari sendrik lah malas aku nak layan kau nak..hehe

Monday, September 09, 2013

Misteri Pulau Jerejak


"Pulau Jerejak ialah sebuah pulau kecil di selatan Pulau Pinang terkenal sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri dan juga tempat kuarantin penyakit kusta. Dikatakan Francis Light tiba terlebih dahulu di Pulau ini sebelum ke Pulau Pinang." - wikipedia

Tapi tu semua duluuuu...(muncung sket mulut). Sekarang dah jadi salah satu tempat tarikan pelancong. Ada resort dan macam2 outdoor aktiviti. Bagi yang dah boring pegi Penang Hill, Batu Feringgi dll korang boleh cuba ke Pulau Jerejak. 




Pulau Jerejak
Bermalam kat resort tu aku rasa agak mahal so nak jimat boleh ambil 1day pakej RM60/person (harga taun 2010). Lepas seharian beraktiviti boleh balik terus. Pakej tu termasuk bot pergi dan balik, buffet lunch dan 6 macam aktiviti. Pertama kali aku pergi taun 2009 harga pakej tu RM50 je. Skang mungkin lagi mahal. 
Jetty ke Pulau Jerejak
Kali terakhir aku pegi tahun 2010 dengan Jannah-syurga, Ummu, Nasira dan adik2 trainee dari UTP (Hazwan, Faiz, Nuar & Muzek). Kami naik ferry sekitar jam 9am dari jetty dengan perjalanan kurang 20min. Dipendekkan cerita ini antara aktiviti2 kami:

1. Jungle Trekking.
Aktiviti ni ambik masa lebih kurang 1 jam termasuk masa kecederaan. Untuk aktiviti ni, akan ada guard yang lead. Mengikut kata guard, trekking malam baru adventure sebab macam2 bunyi bley dengar.. heeeeeeeee (mengilai sket). 
Aktiviti ni menarik sebab tak dak pacat. hih
Bergambar bersama guard dan pengunjung lain
2. Archery 
Lepas jungle trekking kami pergi archery. Untuk pengetahuan, bow tu agak berat sebenarnya. Tapi bow untuk lelaki lagi berat berbanding perempuan. Selain kena tahan berat bow sambil tarik bowstring, kau jugak kena fokus pada sasaran. Kadang2 angin akan menyebabkan arrow tersesar selain dari faktor memang tak reti main. 
BooOo.....tak kena
3. Cycling (to Old Prison)
Ada 2 benda tak best untuk aktiviti 
1. Rantai basikal aku asek tertanggal >.<
2. Tak dapat sampai ke penjara lama sebab ada construction. 
Yang bestnya plak basikal tu guna gear Shimano dan kami dapat membakar kalori.. wehhey.. Jarak ke penjara lama tu agak jauh sebenarnya.. Aku dah pernah sampai kat penjara lama tu sebelum ni.. Yang ada hanyalah tinggalan gambar2 wanita/artis di dinding2 penjara. Peneman tidur sang banduan aku rasa.
Muzek sakit pinggang 
4. Lunch
Menjelang tengahari kami bagi kegembiraan pulak pada perut dengan buffet lunch yang agak nyam2..kruk2..glup2..
Lahap level 8
Lepas lunch kami rehat2 sekitar swimming pool. Ada juga yang ambil kesempatan dengan bermain table tennis. Congkak dan carom jugak ada tapi mainan tu ada kat tepi pantai so kena menapak sket.
Bukan reti main pon haha
5. Suspension Bridge
Lepas berehat panjang dan solat kami menapak sikit ke atas bukit.. Menapak banyak sebenarnya..ehehe.. Kat atas tu ada suspension bridge yang tak begitu panjang.. Kami perlu melalui suspension bridge tu untuk ke tempat flying fox.


6. Flying Fox
Sebelum aktiviti bermula kami semua kena pakai safety helmet dan harness. Jarak laluan tak terlalu jauh cuma agak cuak sebab lalu dam.. Yang kelakar ada  lelaki ittew jerit ketakutan macam pompuan.. haha.. sebut nama jatuh mengumpat plak kang.
Selesai semua kami pun menapak turun untuk aktivit terakhir. OTW back jumpa plak ular daun. 

video

7. Wall Climbing
Aktiviti terakhir adalah wall climbing. Seperti biasa sebelum aktiviti bermula, harness perlu dipakai sebagai langkah keselamatan. Semua, baik lelaki atau perempuan berjaya sampai ke atas dengan bergayanya kecuali aku.. hehe. Malas lak nak try :P


BoOooo~
Sekitar jam 6 kami bertolak pulang dengan menaiki ferry yang sama. Pengunjung harus alert dengan jadual ferry. Jika terlepas ferry terakhir maka berenanglah secara berjemaah untuk pulang ke seberang. :P