Total Pageviews

Monday, May 27, 2013

Budak Perempuan Yang Aneh

Satu hari, aku singgah maghrib di sebuah masjid di Penang. Sedang bersiap pakai telekung tiba-tiba didatangi sorang budak perempuan.. Aku agak dia sekolah rendah. Maka terjadilah perbualan yang lebih kurang macam ni:

Budak: Akak nak RM2
Aku: Eh nak buat apa?
Budak: Nak beli air.
Aku: Mak mana?
Budak: Mak tak da.
Aku: Ayah?
Budak: Ayah kat sebelah sana. (sambil tunjuk ke arah ruang solat lelaki)
Aku: Senggit cukup lah.. (boleh negotiate kat sini)

Aku pun hulur sengget kat budak tu dan terus solat.  Usai solat, budak tu datang lagi sambil hulur 1 kertas kecik kat aku.

Aku: Eh apa ni?
Budak: Ni nama saya dan ni no telepon saya.
Aku: Nak buat apa?
Budak: Mana tahu boleh berkenalan.
Sekadar hiasan
Dengan terpinga-pinga aku pun beredar. Apahal budak tu tetiba bagi nombor telepon dia.. Eh takkan bapak dia tengah cari calon bini kot. Haha.. Ahh aku biarkan kehairanan itu bermain di minda.
Tak puas hati punya pasal, sampai rumah aku SMS budak tu. Dah tak ingat sangat apa yang aku tanya sebab dah lama kejadian ni. Yang aku ingat dia kata nak tumpang tidoq umah aku.. Aihh jangan nak macam2x.. Dia kata orang masjid marah, tak bagi duduk lama2x.. At last aku malas nak layan sebab macam merepek je..

Perkara macam ni pernah berlaku beberapa kali kat diri aku.. 2 kali kat masjid yang berbeza tapi sekali dengan seorang makcik dan sekali dengan pakcik. Yang lain2x berlaku di luar masjid dan modus operandinya sama (macam 999 lak) iaitu mintak duit dengan alasan dompet hilang, tiada tambang dll.


Thursday, May 23, 2013

Baby ke-2 Saya =)


Assalamualaikum & Hello..
Just nak introduce my 2nd baby.. Tadaaaa..
TG-820
Free gift beserta sebuah payung exclusive tertera nama Nur Idayu
First baby tu masih elok sebenarnya cuma bateri cepat kong walaupun baru tukar bateri baru.. Since usia dia pun dah agak lama (bought in 2008 if not mistaken), tuan dia pun berhasrat memiliki 2nd baby yang lebih tough dan robust.
Nak jual macam tak laku jek
Lepas proses mengecaj 2 bateri selama 6 jam setiap satu selesai, semalam kami menge’test’ lah camera itu dengan jakunnya di pool sambil tergelak-gelak macam mak lampir.
Cun gak kan.. heh


Pendek kata , best jugak lah camera ni..  Ni antara spec2 nya:

Effective Megapixels:12MP
Environmental protection:Crushproof 100kgf
Waterproof 10m
Shockproof 2m
Freezeproof -10°c
Dustproof

Yang lain2 boleh rujuk sini. Camera ni jugak ada macam-macam mode. Antara mode kegilaan wanita kini ialah mode yang boleh jadikan kulit wajah flawless malah bagaikan kulit bayi. Macam nak menipu tu senang je.. Dalam gambar nampak comel ye tak? Tapi nak buat macam mana itu hakikat teknologi yang kita ada sekarang.. hehe
video
Video yang sempat dirakam :p



Thanks reading =)

Wednesday, May 22, 2013

Nyonya Tua Yang Misteri


Alkisah suatu pagi, macam biasa aku masuk kereta dan start enjin untuk ke tempat kerja. Dari kejauhan ku lihat seorang nyonya yang sangat tua berjalan dengan sangat slow dan bersusah-payah sambil mengendong sebuah bakul.. Hati kecil berkata, “ke mana la dia nak pergi, dah la nak jalan pun susah”..
Gambar Hiasan
Nyonya tua tu akhirnya menghampiri kereta ku lalu terjadi lah perbualan yang romantik:

Nyonya: Boleh tumpang ka? (baca dengan nada seorang nyonya)
Aku: Err untie nak pergi mana? (baca dengan nada seorang gadis yang jelita dan rupawan)
Nyonya: Pergi pasar..
Aku: Pasar bayan baru tu? Kenapa untie bawak helmet dalam bakul tu?
Nyonya: Haa ya ya.. Ini helmet untuk tumpang kawan.. Kalau ada kawan boleh kasi tumpang balik..
Aku: Ooo

Dalam hati“err nak bagi ke tanak”.  End up aku pun pelawa je dia masuk.. Tapi dia duduk belakang la pulak.. Risau jugak kot-kot la sebenarnya dia nak rompak aku, keluarkan pisau bagai..  Tapi bila fikir, dengan usia nya yang sangat tua tu aku rasa kalau dia nak buat apa-apa aku mampu lawan balik.. Tumbuk sekali mungkin dia dah boleh tumbang.. haha pandai lak nak tumbuk orang.
Lepas tu, aku berhentikan nyonya tu kat depan pasar. Aku harap dia selamat pergi dan pulang.

Kalau zaman aku kecik or kat kampong, tumpang menumpang adalah amalan biasa.. Tapi tidak kini. Ia di anggap suatu yang mencurigakan sebab dunia dipenuhi dengan jenayah dan kejahatan.

*abah aku pesan, kalau nampak accident tepi jalan tak payah tolong.. biar orang lain yang tolong

Sunday, May 19, 2013

Health Screening

Assalamualaikum & Hello..

Sabtu semalam selepas servis kereta, Jannah ajak ke Expo Kesihatan di Estin Hotel. Disebabkan tak ada apa hal so ikutkan je si Jannah ni. Sesampai kami disambut oleh Mrs X dan terus diperkenalkan dengan produk kesihatan dan kecantikan iaitu NuSkin. NuSkin terdiri dari pelbagai jenis produk sebenarnya.. Dari penjagaan kulit, membantu penurunan berat, tone up body dan kesihatan dalaman.. 

Dipendekkan cerita, lepas dengar semua penerangan kami pun mencuba ujian imunisasi dan tadaaaaaaaa....

My score is 32 000
Result ni agak menggembirakan actually sebab most Malaysian score lower than that iaitu kat brown kaler tu.. Score tu dapat tentukan samaada kita consume cukup nutrient yang mengandungi anti-oksident atau tak contohnya sayur atau buah.. Lepas tengok result ni jadi lebih bersemangat makan buah dan sayur., yey!
Btw dark coklat juga mengandungi anti oksidant yang tinggi.

Yang ke dua, kami buat health screening dan ini result yang menggemparkan media barat dan White House


Body fat tu dah katogori 'overweight' LOL.. Untuk masuk dalam geng 'fit' kena turun lagi 2%. Viceral fat tu maksud fat di sekitar/membalut organ kita macam ginjal dll. 3% tu dikira normal.
Kemudian, muscle 26.7% saja.. Sepatutnya lebih dari 28%.. ermm guane ni..:/
Akhir sekali BMI jatuh pada normal iaitu 22.1. Kalau ikut Kevin Zahri, BMI tu actually tak menggambarkan tahap kesihatan kita secara accurate.. 

At last macam biasa depa promote barang kesihatan diorang dan ajak join MLM.. Actually ni kali ke-2 org ajak aku join MLM.. Berniaga memang bagus.. Bak kata sarjana berniagalah walaupun engkau telah kaya.. Tapi sebagai orang Islam, lebih elok kita buat sikit rujukan sebelum terlibat dengan apa-apa bisness. 
MLM menurut Syariah

Thanks Reading

*menaip dengan hati sedih.... sad for no reason:(..

Berpeleseran di Lorong Kulit

Assalamualaikum & Hello,

Pagi tadi ke Jalan Sungai Pinang untuk servis kereta.. Servis kereta bukanlah perkara yang menyeronokkan lalu kami menyeronokkan diri sendiri dengan berjalan kaki dalam 10 minit ke Stadium berhampiran. Tarikan utama di situ adalah Rope Walk atau dikenali sebagai Lorong Kulit.

Pelbagai barangan antik dan baru dijual kat sini dari buku-buku lama, lukisan lama, syiling lama, pets, toys dan lain-lain. Selalu kami ke sini hanya untuk membeli buah-buahan jek untuk dimakan.. nyam-nyam 

Kita biarkan gambar yang berbicara..

Rasa nak bela tapi takut terbiar tak sempat jaga ::P
Drawings and Photos
Mainan & sikat kutus

Uncle ni lagi orang nak ambil gambar lagi dia posing.. baguih :P
Jual buku lama dan hardware 

Camera & parang

Ni antik gak tapi bukan utk dijual.. kihkih
*pssttt orang kata barang antik ada penunggu.. heee





Tuesday, May 14, 2013

Street Art Yang Cool Sangat neh


Assalamualaikum..
Weekend lepas adalah weekend yang agak busy sebab menerima 2 tetamu yang  tak diundang dari JB.. haha joking XD.

2 tetamu itu telah di bawa jalan-jalan di Pulau selama 2 hari sampai pengsan.. kahkah..  Kami telah bawak diorang jalan-jalan di town. Jalan-jalan tu bermaksud jalan kaki ok. Kami parking kereta di Padang Kota dan terus ke Fort Cornwalis untuk bertemu dengan  sahabat lama, Francis Light.

Selepas bersolat, kami mendapat petunjuk untuk membuat lawatan ke “Penang Street Art Wall Painting”. Haaa sini bermula jerih perih di mana kami jalan kaki punya jauh sambil tengok map.. Siap tersalah jalan bagai..LOL.. Berkat kerjasama yg erat dan padu, kami akhirnya jumpa lukisan yang pertama.. yehaa..
Heng histeria sebab tak jumpa jalan.. hehe
*bola batu itu salah satu street art nya
Kebetulan sebelah lukisan itu ada kedai basikal lalu kami sewa 2 basikal untuk mencari 10 lagi art wall. Sewa basikal hanya RM10/basikal untuk 24jam.. Kami dibekalkan map oleh uncle itu.. Pandai dia berniaga eh.
Umi carry Heng manakala aku carry Jannah.. Tah macam mana bila bawak orang susah lak nak stabilkan basikal (berat. haha).. At last Jannah bawak aku.. yess! Haha
AhMoi
Btw, mural-mural yang cool dan creative ini adalah hasil tangan seorang artis dari France kalau tak silap.. Nama dia Ernest Zacharevic. Total ada 11 mural dan telah siap dilukis pada tahun lepas, 2012. 
Ni yang sempat kami rakam.. cekidout ;)



 



Yang ni pulak mural yang dah nak hilang dari pandangan dan yang tak sempat lawat sebab jauh.

Mural ni dah nak hilang actually

Yang ini kami tak sempat nak lawat


Dan yang ini adalah pelukisnya... comel macam kak ton tak? LOL

Thanks reading :)

Monday, May 13, 2013

Lawat Orang Utan & Tanam Bakau


Assalamualaikum…

Last few weeks AMD Penang telah mengadakan program melawat Orang Utan dan tanam bakau.

Bertolak dari Penang dalam jam 10pagi dan sesampai di Bukit Merah, kami dibawa menaiki bot ke Pulau Orang Utan. Sebagai anak Perak, saya agak berbangga kerana Perak ada tarikan sebegini.. kehkeh
Boat to Orang Utan Island

Bukit Merah 
Ini sedikit info mengenai Orang Utan:
1. Mempunya 97% kesamaan DNA dengan manusia.
2. Tak pandai berenang sebab tangannya lagi panjang dari kaki
3. Ada 2 spesis iaitu dari borneo (bulu hitam) dan sumatera (bulu coklat) 
4. Tiada peti suara macam manusia (kalau ada mesti banyak memebebel.. haha)
5. Boleh makan urine dan najis sendiri..eeeeeeee yek
Naughty Sarah & Jidin :)
Smile like Orang Utan heh

Jam 2.30pm kami terus ke Nibong Tebal untuk tanam bakau. Disebabkan air tengah pasang maka kami terpaksa tunggu air surut sampai jam 5.30pm.
Sambil menunggu, kami diberi taklimat oleh tok ketua dan sedikit kuiz oleh EHS Manager kami EL Ong. Didapati semua berebut-rebut nak jawab nampaknya.. mehmeh
 
Berikut sedikit kepentingan penanaman bakau:
1. Boleh elak hakisan.
2. Jadi pelindung dari taufan
3. Memberi oksigen 10kali ganda dari hutan biasa
4. Ada hampir 50 spesis pokok bakau
5. Ada hasilnya yang boleh dimakan
6. Getah pokok ‘bakau buta’ boleh menyebabkan buta jika terkena mata


Selesai mencomotkan diri dengan lumpur dan perut pun sudah mula bergwiyomi, kami membersihkan diri lalu menjamah makanan yang tersedia dengan penuh lahap tanpa lupa untuk bersyukur kepada Tuhan.

Besar harapan untuk melihat pokok bakau yang ditanam dengan penuh kasih sayang itu membesar dengan sihat dan dapat memberi faedah kepada manusia sejagat. 
Sekian :)